Friday, 25 November 2022

 MY ULTIMATE ENERGY AND MILKBOOSTER

Alang alang harini YL ada buat flash sale Ningxia mek nak cerita lah pasal my favourite red drink ni. Kenapa mek suka dan masih setia dengan Ningxia. 

Mek bermula dengan Ningxia Red lepas baca sharing leaders. Serious mula mula memang skeptik. Air apa ni? Kenapa mahal? Halal ke tak? Kenapa merah sangat warna tu? Aku serem kalau air pelik pelik ni. Trauma sebab pernah minum

ubat air nurse bagi aku tersembur muntah haa kat depan library sekolah rendah (rancangan imunisasi sekolah) Sebab tu sampai sekarang memang selective nak minum apa apa air. 

Tapi kan, dalam group semua bagi feedback 'macam bagus' je. Bila dah baca baca serba sedikit tentang NXR, akhirnya beberapa minggu sebelum Ramadhan 2017 mek nekad untuk beli sekotak. Sekotak je sebab nak minum untuk 30 hari. Cukup kan untuk bulan puasa sebulan? 

Ingat lagi masa tu. Pertama kali minum. Lepas sahur ya allah mengantuk sangat. Macam kena paksa paksa tidur. Sampai suami terkejut biasa mek takkan tidur lepas subuh. Ni tidur lena betul. Sampai dia cakap, ni minum air bagi tenaga ke ubat tidur? 🤣 Benda ni berulang sampai 3-4 hari tau. Siap kena sindir dengan suami yelah tu air tenaga. Iklan je lebih. Haha

Tapi after that 4 days. Ehem. Macam ada superpower tau. Excited. Bertenaga. Memang toing toing. Ingat ya. Mek dulu seorang EPMOM (exclusive pumping mom) Yang mana mek ada jadual pam yang sangat strict. Tengah malam selalu bangun untuk power pumping nak cukupkan susu anak and believe me, mek takde stok susu frozen langsung. Alah yang macam

orang duk susun susun susu banyak banyak dalam freezer tu. Yes. I dont have that. Apa yang pam harini, untuk anak minum harini sahaja. Boleh paham tak struggle macamana? 

Jadi apa yang berlaku, susu maintain macam yield hari biasa tanpa puasa. Alhamdulillah. Allah mudahkan. Dan dari segi tenaga subhanallah. Boleh kerja macam biasa, jadual sebagai guru duk turun naik tangga, boleh pam ikut jadual macam biasa, puasa lagi, balik sekolah masak lagi. Impressed dengan diri sendiri sebab Ramadhan 2016, boleh kira dengan jari berapa hari je puasa. Tu pun ada yang ejek kite. Orang lain menyusu jugak boleh je puasa (ada lagi kata kata pedih yang bersambung tapi biarlah nanti luka boleh berdarah kembali) Yes! Kata kata tu lekat dalam kepala sampai sekarang tau. Awak kalau dah jadi ibu yang berpengalaman please jangan buli ibu baru ya. Kesian tau. 

Dan yelah. Sampai sekarang

masih minum Ningxia. Sebab lepas Ramadhan 2017 tu, mek pregnant. Jadi ada baca juga Ningxia membantu untuk cukupkan nutrient ibu mengandung. Teruslah minum sampai no 2 lahir. Sebab tu Aleena tu suka Ningxia sampai sekarang. Mek minum setiap hari without failed masa mengandungkan dia bersambung lagi masa breastfeed dia. Ningxia forever lah senang. Cuma masa Ali tak sempat minum sangat. Ada masalah kewangan dan


beberapa masalah lain yang sebabkan mek tak minum Ningxia. Cuma di akhir pregnancy, HB drop teruk sampai kena marah dengan doktor, dan kena refer nutritionist. Lepas tu husband beli juga Ningxia dan alhamdulillah lepas tu HB meningkat dan bersambung lagi minum sampailah sekarang. 

Yer! Cuma lepas Ali dah berhenti menyusu macam derhaka sikit. On off minum. Beli pulak jamu, kopi etc Tapi bila gastrik menyerang balik. I know I just have to stop, dan come back to Ningxia. Yep! Kita yang minum, kita boleh compare badan kita macamana. 

Okay tu je. So lepas dah baca tulisan panjang panjang ni, boleh faham la kan kenapa geng YL ni gilakan sangat air merah ni. Herher. Mek bukan bagi dua je manfaat Ningxia. Ada banyak lagi kan? 

Awak baca habis tak? Bagi love sikit.


Saturday, 5 November 2022

The Red : Milk Booster.

 

Salam semua. Apa khabar?

Harini terasa nak bercerita perjalanan menyusukan anak anak pulak. Ada ke yang berminat nak tahu? Mek ialah ibu kepada tiga orang cahaya mata. Anak pertama mek, Aliyyah 6 tahun.Anak kedua mek, Aleena 4 tahun dan anak ketiga satu satunya hero, iaitu Ali Hamza berumur 2 tahun. 

Ali Hamza baru saja wean off. Alhamdulillah. Sempat laa rehat sekejap. Bayangkan daripada lepas mengandungkan anak pertama sehinggalah lahir anak ketiga memang perjalanan menyusu tu masih belum berhenti sehinggalah sekarang, Allah permudahkan Ali untuk berhenti menyusu. 

Sejujurnya pengalaman menyusukan ketiga anak itu semuanya berbeza. Mek coretkan disini supaya menjadi kenangan terindah dan mana tau perkongsian ni boleh membantu ibu ibu terutamanya yang baru pertama kali bergelar ibu. 

Anak pertama mek mengalami komplikasi semasa proses melahirkan. Jadi, belum sempat mek susukan, anak dah ditolak masuk ke NICU. Masa tu pelbagai perasaan hadir. Emosi pun tak berapa stabil. Mek cuba untuk pamkan susu, tapi setitis susu pun tak keluar. Allahuakbar. Sayu rasa hati. Masa tu masih belum belajar ilmu penyusuan. Masih belum faham lagi. Malah, bila cuba mencari info penyusuan, memang tiada disebut bahawa, it took about 3-4 days juga untuk susu keluar pertama kali. Tu pun bukan susu macam susu lembu segar tu, yang pertama kali keluar ialah kolustrum, iaitu susu pekat yang sangat tinggi khasiat sesuai untuk bayi yang baru lahir yang perutnya masih kecil seakan biji kacang hijau.

Jadi untuk semua FTM (first time mom) jangan lah risau kalau susu tak banyak for the first few days. Teruskan menyusu anak dan nasihat mek, JANGAN SEKALI KALI PAM SUSU ANDA. Bila terlalu awal pam, susu tak banyak yang keluar tapi puting boleh melecet dan sakit atau what comes worst, kalenjar susu pecah dsb.

Bila anak berjauhan dari ibu, lama kelamaan anak jadi kekeliruan puting (nipple confuse). Terutama bila dah ajar susukan menggunakan botol susu. Jadi anak pertama mek memang tak menyusu direct. Mek akan pam dan masukkan susu ke dalam botol untuk anak. Jadi sejak dari itu mek bergelar EPMOM iaitu exclusive pumping mom. Masa tu pun agak sukar bagi mek sebab rasa umpama ibu yang gagal. Bermacam cara dan tips online yang mek cari supaya anak dapat menyusu dengan baik. Yang paling sedih, rasa macam anak menolak ibunya. Yelah bila dia nangis, kita suakan breast, lagi kuat dia nangis. Apa? Umi ni monster ke? Kalau dulu memang laa nangis beria, tapi sekarang bila dah belajar ilmu penyusuan, barulah faham ada sebabnya. Umi je yang tak pandai nak uruskan.

Anak pertama menyusu dengan botol.
Anak kedua mixed feeding. Boleh je dengan kedua dua botol susu dan dada.
Anak ketiga, reject botol susu.

Kan dah cakap?Tiga pengalaman berbeza. Jadi ibu ibu, sekiranya ada masalah, jangan segan jangan risau. Bagitau mek. Mek memang sedia membantu. Kita ada support circle. Jom kita usahakan biar anak dapat menyusu dengan baik ya. Mek bukan anti susu formula. Tapi tahu tak? Susu ibu tu lah pilihan susu terbaik untuk anak. Why resolve to formula? Ada masalah? Benda boleh ejah katanya. 

Panjang lagi kalau nak bercerita tentang pengalaman menyusu ni. Cuma mek just nak highlight ada satu produk yang sangat membantu mek dalam journey menyusu ni iaitu NINGXIA RED. 

Korang pernah dengar tak apa itu?  Bunyi dah macam cina cina sikit kan?

Ningxia Red ni ialah satu jus pati buah buahan yang tinggi vitamin dan mineral. Bahan utama jus ni ialah pati wolfberry (atau biasa dikenali sebagai goji berry) Dan apa yang membuatkan jus ni berbeza dari jus lain di pasaran, ia memang tiada gula tambahan, tiada gula putih malah yang istimewanya jus ni ialah ia dirumuskan sekali bersama essential oil (minyak pati seperti lemon, grapefruit, tangerine etc) Menarik kan? The one and only infused drink with essential oils. Premium sangat.

Disebabkan khasiat bahan yang ada dalam Ningxia (NXR) tadi, ia merupakan salah satu milkbooster yang paling berkesan bagi mek. Dan yang paling best lagi, selain membanyakkan susu ibu, Ningxia ni juga boleh menambahkan tenaga ibu ibu. Rasailah perbezaan bila minum NXR ni. Memang tubuh rasa segar bertenaga dan mood pun gembira saja. Tentang NXR nanti mek akan bercerita lebih lanjut ya kebaikkannya. 

Till next post.

Love,
Mek