Saturday, 22 October 2022

Contact Me!

 


Curious kan?


Macamana sebenarnya nak beli eo ni?

Senang ke nak dapat?

Sebenarnya sejak PKP yang lepas, Young Living dah grow rapidly kat Malaysia. Ramai yang dah mula cakna dengan kebaikan minyak pati ni dan truth be told, sejak PKP dah makin ramai independent distributor mula muncul. 


Dalam YL kami suka guna term 'builder' untuk business partner (read brand partner Young Living)

So sebenarnya dah senang sangat nak beli eo. Korang boleh dapatkan dari mana mana ejen yang sah yang keahliannya masih aktif. Makes sure pilih builder yang betul betul boleh guide dan bantu korang untuk guna eo dengan sepenuhnya. 

sayang tau if you spend a lot for these oils tapi korang tak reti guna, takut nak guna and all. Dengan mek korang jangan risau. I'm ready to serve you 24/7. Kalau curious, terus je mesej atau call. I'm okay.


This is my ID ya.

Qistina Muhammad
Gold Leader
10492096

You can contact me here :

Mek
01110964143

You need this ID if you want to enroll sebagai ahli Young Living. 

Senang je. Kalau berminat roger saja and I'll be happy to help


#youngliving
#younglivingkelantan

and here is my linktree. please connect with me here

https://linktr.ee/qisteena



Thursday, 6 October 2022

PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN


Lepas beberapa bulan mek mencuba essential oils, mek rasa teringin pula nak tahu apa kelebihan sekiranya jadi ahli Young Living. Yelah, sebab dah tersuka guna minyak ni, jadi mestilah nak tahu macamana cara nak buat penjimatan dengan Young Living ni?

Jadi mek tanyalah kenalan mek tu bagaimana cara nak jadi ahli sah Young Living?

Jawapannya senang sahaja. 
Belilah member kit. 

Masa tu kit yang ada hanyalah Premium Starter Kit (PSK) dengan Dew Drop Diffuser. Classic kan? Satu kit berharga RM713. 

Masa tu mek baru saja berumur 27 tahun, baru saja bekerja, terus kahwin tanpa ada simpanan kemudian terus termengandung dan melahirkan baby. 

Agak agak mek ada tak duit sebanyak tu?
Simpanan pun tak berapa nak ada tau. 
Nak beli barang barang baby lagi.

Siang malam duk fikirkan kit tu tau. 
Dah macam angau. Memang nak sangat beli kit.
Banyak kali duk tanya pendapat suami.
Tapi suami tak beri respon positif. 
Katanya bimbang kalau jadi tukun, jadi barang perhiasan je nanti.
Tak terguna. 

Tiba tiba mek rasa tercabar. Jadi mek nekad untuk buat business kecil kecilan dengan menjual lactation cookies. Sikit sikit mek kumpul duit keuntungan dari hasil jualan biskut tu dan akhirnya setelah 3 bulan menyimpan, akhirnya mek mampu untuk beli kit. 

Awesome kan? Betapa gigihnya mek hanya semata nak beli kit.

Tapi sekarang kan.
Senang sangat nak jadi ahli. Kadang tak perlu sampai nak spend tujuh lapan ratus pun. 

Young Living ada perkenalkan set keahlian dengan Minimum Order iaitu, 

MINIMUM ENROLLMENT KIT. 

Ada beberapa pilihan diffuser dan minyak yang ada dan korang boleh terus guna untuk masalah korang tau! Berminat? Nanti mek akan tepek pilihan set tu. 

MEO with Shelly The Turtle.
RM475

MEO with Feather The Owl
RM475

MEO with Haven Diffuser
RM475

Till then.


Tuesday, 4 October 2022

First Love Young Living

 

Selalu orang macam curious macamana mek boleh terjebak dalam Young Living?

Okay meh nak cerita.

I first started as member masa tu 2016. Kenal essential oils lepas tengok satu posting daripada my kenalan kat KL. She used to be a blogger to geng Army Wives (haha dulu mek pernah ada boyfriend dalam army) I was so curious bila tengok dia duk bancuh bancuh minyak untuk anak dia. Masa tu dia ada anak kecik, ala sama macam mek jugak. So bila ternampak posting dia, masa tu la I mintak dengan dia untuk beli bancuhan tu tadi untuk guna kat anak.

Subhanallah essential oils berkesan sangat. First time jumpa product yang memang terus berkesan bila pertama kali cuba. Memang sesuai betul dengan anak pertama mek yang masa tu mengalami masalah colic. Baby colic ni korang faham faham jela meragam dia macamana. Asyik menangis je sampai kita yang tengah berpantang ni pun almost kena postpartum depression tau. Badan dahla penat dan tak sihat, anak pula asyik meragam. Memang huru hara hidup. 

So apa yang mek beli masa tu hanyalah bancuhan yang diberi nama Sweet Dream. Sweet Dream ni adalah bancuhan daripada eo Lavender, Cedarwood dan Peace and Calming. Sampai sekarang mek dah anak tiga, mek masih amal tiga jenis minyak ni. Bayangkan anak mek yang kerjanya nak menangis meragam je tiba tiba boleh tidur lena selenanya. Sampai berjam jam boleh tidur tanpa terjaga asbab Sweet Dream. Padahal sebelum ni nak tengok dia tidur 30 minit pun memang mustahil. 

So yes, inilah magic potion mek. Kalau ada ibu ibu muda, ibu baru, first time mom yang nak cuba Sweet Dream blend ni untuk masalah anak, korang boleh je nak whatsapp mek, I can give that for free. Cuma korang tinggal nak bayar postage sahaja ya? Help me to help you. Tak rugi pun korang cuba essential oils sebab bagi mek, memang eo ni bagus sangat untuk bayi dan kanak kanak. 

Kenapa yang mek sibuk sibuk nak tolong ni?

Sebenarnya mek teringat bila mek mula mula melahirkan anak pertama dulu, anak mek dimasukkan ke NICU. Lepas tu ada masalah untuk menyusu pula. Tiba tiba kena jaundice yang teruk. Memang masa tu huru hara. Dengan emosi tak stabil lepas bersalin, susu badan pula hanya keluar selepas 5 hari melahirkan. Anak lapar meraung je. Dah bagi susu formula, dia allergik pula. Memang kacau bilau. Lepas tu dia pun ada mild hernia, usus macam nak tersembur keluar. Memang nangis je kerja dia. Kita dah cuba bermacam macam cara tapi tak berkesan. Sampaikan orang sekeliling ingat anak kena sampuk atau ada gangguan jin. 

Tapi asbab kenal Young Living segalanya berubah. Sebab tu lah mek masih setia dengan Young living sehinggalah sekarang. Imagine since 2016 sehinggalah sekarang 2022? Haa korang faham lah macamana best tak best produk ni.

Okay sekian coretan hati.

Till next time.