Tuesday, 4 October 2022

First Love Young Living

 

Selalu orang macam curious macamana mek boleh terjebak dalam Young Living?

Okay meh nak cerita.

I first started as member masa tu 2016. Kenal essential oils lepas tengok satu posting daripada my kenalan kat KL. She used to be a blogger to geng Army Wives (haha dulu mek pernah ada boyfriend dalam army) I was so curious bila tengok dia duk bancuh bancuh minyak untuk anak dia. Masa tu dia ada anak kecik, ala sama macam mek jugak. So bila ternampak posting dia, masa tu la I mintak dengan dia untuk beli bancuhan tu tadi untuk guna kat anak.

Subhanallah essential oils berkesan sangat. First time jumpa product yang memang terus berkesan bila pertama kali cuba. Memang sesuai betul dengan anak pertama mek yang masa tu mengalami masalah colic. Baby colic ni korang faham faham jela meragam dia macamana. Asyik menangis je sampai kita yang tengah berpantang ni pun almost kena postpartum depression tau. Badan dahla penat dan tak sihat, anak pula asyik meragam. Memang huru hara hidup. 

So apa yang mek beli masa tu hanyalah bancuhan yang diberi nama Sweet Dream. Sweet Dream ni adalah bancuhan daripada eo Lavender, Cedarwood dan Peace and Calming. Sampai sekarang mek dah anak tiga, mek masih amal tiga jenis minyak ni. Bayangkan anak mek yang kerjanya nak menangis meragam je tiba tiba boleh tidur lena selenanya. Sampai berjam jam boleh tidur tanpa terjaga asbab Sweet Dream. Padahal sebelum ni nak tengok dia tidur 30 minit pun memang mustahil. 

So yes, inilah magic potion mek. Kalau ada ibu ibu muda, ibu baru, first time mom yang nak cuba Sweet Dream blend ni untuk masalah anak, korang boleh je nak whatsapp mek, I can give that for free. Cuma korang tinggal nak bayar postage sahaja ya? Help me to help you. Tak rugi pun korang cuba essential oils sebab bagi mek, memang eo ni bagus sangat untuk bayi dan kanak kanak. 

Kenapa yang mek sibuk sibuk nak tolong ni?

Sebenarnya mek teringat bila mek mula mula melahirkan anak pertama dulu, anak mek dimasukkan ke NICU. Lepas tu ada masalah untuk menyusu pula. Tiba tiba kena jaundice yang teruk. Memang masa tu huru hara. Dengan emosi tak stabil lepas bersalin, susu badan pula hanya keluar selepas 5 hari melahirkan. Anak lapar meraung je. Dah bagi susu formula, dia allergik pula. Memang kacau bilau. Lepas tu dia pun ada mild hernia, usus macam nak tersembur keluar. Memang nangis je kerja dia. Kita dah cuba bermacam macam cara tapi tak berkesan. Sampaikan orang sekeliling ingat anak kena sampuk atau ada gangguan jin. 

Tapi asbab kenal Young Living segalanya berubah. Sebab tu lah mek masih setia dengan Young living sehinggalah sekarang. Imagine since 2016 sehinggalah sekarang 2022? Haa korang faham lah macamana best tak best produk ni.

Okay sekian coretan hati.

Till next time.



No comments:

Post a Comment