Saturday, 31 December 2022

5 Cara Bantu Turunkan Suhu Bila Anak Demam

 

Sejak Covid-19 melanda negara kita, mek perasan sistem imun mek dan keluarga makin berkurang. Kami anak beranak jarang sekali tak sihat cuma adalah sekali dua je dalam tempoh setahun. 

Bila kami dah positif Covid-19 pada February 2022, 
mek perasan mek dan anak anak kerap demam batuk selsema. 
Selalunya tak teruk tapi ambil masa 2-3 hari juga berbanding kurang 24 jam pre-covid. 

Mek paling risau bila anak anak demam. I know demam is good in a way that our body is responsive to the virus or bacteria that invaded our body system. But I still worried if the symptoms persists even after taking medicines. Demam sangat tak bagus kalau suhu anak anda terlalu tinggi hingga menyebabkan febrile fit atau bahasa pasarnya sawan tarik. 

Sawan panas boleh sebabkan kecatatan otak dan badan. I've seen few cases yang affected disebabkan sawan panas ni. Jadi sangat penting kalau parents semua alert dengan suhu badan anak anak dan pastikan suhu tidak mencecah 40'c. 

Cepat cepatlah bawa anak anda ke hospital sekiranya ada tiga tanda ini.
  • suhu melebihi 40'c
  • demam melebihi 5 hari.
  • anak tak aktif dan tak makan atau minum (dehydration)

Disini mek nak kongsikan lima cara yang mek selalu guna untuk bantu kawal suhu anak bila anak demam. 
  1. Pertamanya, mek akan mandikan anak dengan kerap, lebih dari rutin biasa. Untuk mandian anak, mek akan letakkan air suam dan setengah cawan garam yang mek dah titiskan eo Lemon. Aroma lemon sangat menyegarkan dan lemon eo juga mempunyai kandungan limonene yang tinggi antioxidant. Sekiranya awak tak mempunyai eo lemon, boleh juga hiris lemon dan rendamkan dalam air, cuma mek kurang suka cara ini sebab kadang kadang jus lemon tu mungkin menyebabkan kulit anak pedih, atau mata pedih sekiranya air termasuk dalam mata. EO Lemon tadi lebih selamat sebab kita dah campurkan ke dalam garam dimana garam ini akan jadi ejen untuk pastikan air dan lemon itu bercampur elok. Tambahan pula lemon eo ini diekstrak dari kulit lemon, jadi tak perlu risau dengan kandungan jus yang bersifat asidik itu.



  2. Seterusnya, mek akan pastikan anak anak pakai baju yang nipis dan berangin sahaja, atau untuk lebih selesa bila nak demah (lap lap badan anak) mek akan buang baju anak dan hanya tutup dada anak dengan kain lampin sahaja. Selalunya suhu anak akan tinggi dalam lingkungan pukul 3-5 pagi. Waktu ini adalah waktu kemuncak dimana virus akan lebih aktif. Jadi ibu bapa perlu lebih alert dengan suhu anak pada waktu ini. Biasalah bila anak anak demam ni selalunya mommies memang tak boleh nak lena kan? Untuk ini, mek akan sediakan satu botol spray yang mek dah isikan dengan air. Dalam air ini juga mek akan isikan sesudu garam dan titiskan eo Lemon Lavender dan Peppermint. Tahu tak eo Peppermint ni bersifat menyejukkan jadi ianya sangat bagus untuk turunkan suhu badan dengan cepat. Mek akan spray kan di kawasan tertentu contohnya di bawah ketiak (suhu lebih tinggi disini) di kepala dan dibahagian pelipatan. Ramai yang mencadangkan untuk guna face towel lembap untuk lekapkan di dahi anak tapi anak anak mek tak suka cara ni. So cara yang lebih moden dan menyenangkan ialah guna spray. Tambahan pula spray ni mist dia halus dan tidak menggangu anak berbanding kita lap dengan towel lembap.



  3. Cara ketiga ialah mek akan oiling anak dengan Vetiver. Vetiver ialah satu tumbuhan jenis rumput yang juga mempunyai sifat menyejukkan. Cuma beza vetiver dengan peppermint, vetiver tak panas atau berangin. Jadi kita tak perlu risau anak tak selesa. Untuk anak anak mek, mereka kurang suka rasa menthol dari Peppermint itu sebab kadang kadang baunya menyengat dan mereka bimbang kalau mata pedih. Tahu tak? Menurut kepercayaan Ayuverda, kaum Hindi selalunya akan mandikan bakal pengantin perempuan dengan air rendaman Vetiver ni. Katanya untuk 'sejukkan' pengantin sebelum boleh bersama dengan suami. Menarik kan? Haa mek suka sapu Vetiver ni dekat dahi, dada, belakang telinga. Selalunya mek akan fokus lebih dekat kepala sebab selalunya bila anak anak demam, kepala dulu yang suhunya akan tinggi berbanding bahagian badan yang lain. Kita takut, worst comes worst, sawan tarik tu akan affect otak anak. Jadi better be alert laa kan.



  4. Selain eo eo yang disebutkan di atas mek juga akan gunakan Thieves eo. Tahu tak Thieves ni sangat bagus untuk bantu melawan virus/kuman? Thieves adalah gabungan beberapa minyak seperti kulit kayu manis, lemon, cengkih, rosemary dan sebagainya.Cengkih dan kulit kayu manis pun memang terkenal dengan antiviral properties. Ia antara minyak yang panas dan tinggi phenol. Ni memang eo wajib untuk mereka yang ada anak anak kecil. Mek sangat suka Thieves sebab baunya yang wangi. 



  5. Last but not least, bersihkan lah udara dengan memasang diffuser keluaran Young Living. Anda boleh cuba guna Purification sebab eo ni mengandungi lavandin yang membantu untuk membersihkan udara. Ini step yang sangat penting sebab kalau boleh kita nak elakkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain. Honestly, mek rasa diffuser YL ni bukan sahaja untuk kita wangikan bau rumah sahaja, tapi bagus untuk manfaat kesihatan juga. Mek pernah dapat feedback dari customer yang mengatakan diffuser yang dibeli di shoppe jauh berbeza dari diffuser dari YL. Dengan mist yang halus, partikel eo yang memang diserakkan dengan baik, tiada lebihan di sisi dinding dan yang paling penting, tidak membahayakan seisi rumahtangga.



Ini sahaja perkongsian mek bagaimana mek guna essential oil dalam menangani demam anak. Sebarang persoalan boleh diajukan di komen atau contact sahaja mek di Linktree. 


Love,
Mek Minyak.

No comments:

Post a Comment