Tuesday, 20 September 2022

Tuan Tanah


Salam perkenalan. 

Nama diberi Qistina Muhammad. Boleh panggil nama penuh Qistina, Qist, Qez atau apa sahaja yang selesa. Tetapi sebenarnya dalam dunia minyak, lebih dikenali dengan panggilan mek. Asalnya dari negeri Cik Siti Wan Kembang, hence the name mek. Mek merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang berkhidmat di kampung. Seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak iaitu Aliyyah Aleena dan Ali Hamza atau mereka lebih dikenali sebagai Tiga Ali. 

Dari dulu memang suka menulis jadi this is my effort to share about my life especially about my oiling journey. Haa sebelum tu nak bagi disclaimer awal awal ni, segala apa yang mek share disini ialah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mek semata. Dan sebagai satu usaha untuk komunikasi yang lebih berkesan, mek memang akan guna bahasa rojak walaupun mek tahu bahasa rojak tidak sepatutnya diamalkan (indeed, I'm an english teacher LOL) 

Mek berharap segala perkongsian mek di blog ini bermanfaat dan dapat membantu mereka yang memerlukan sebab mek juga merupakan geng GOOGLE. Nak info apa apa, google. Jadi bila sedang buntu mencari solusi tapi tiada yang berkongsi pengalaman, memang mek dapat rasa perasaan kecewa tu. So mek kena share apa yang mek tahu supaya dapat membantu mereka yang bermasalah sama dengan mek. 

Alright till then,

Love 

Mek yang suka menulis.



No comments:

Post a Comment