Salam semua. Apa khabar?
Harini terasa nak bercerita perjalanan menyusukan anak anak pulak. Ada ke yang berminat nak tahu? Mek ialah ibu kepada tiga orang cahaya mata. Anak pertama mek, Aliyyah 6 tahun.Anak kedua mek, Aleena 4 tahun dan anak ketiga satu satunya hero, iaitu Ali Hamza berumur 2 tahun.
Ali Hamza baru saja wean off. Alhamdulillah. Sempat laa rehat sekejap. Bayangkan daripada lepas mengandungkan anak pertama sehinggalah lahir anak ketiga memang perjalanan menyusu tu masih belum berhenti sehinggalah sekarang, Allah permudahkan Ali untuk berhenti menyusu.
Sejujurnya pengalaman menyusukan ketiga anak itu semuanya berbeza. Mek coretkan disini supaya menjadi kenangan terindah dan mana tau perkongsian ni boleh membantu ibu ibu terutamanya yang baru pertama kali bergelar ibu.
Anak pertama mek mengalami komplikasi semasa proses melahirkan. Jadi, belum sempat mek susukan, anak dah ditolak masuk ke NICU. Masa tu pelbagai perasaan hadir. Emosi pun tak berapa stabil. Mek cuba untuk pamkan susu, tapi setitis susu pun tak keluar. Allahuakbar. Sayu rasa hati. Masa tu masih belum belajar ilmu penyusuan. Masih belum faham lagi. Malah, bila cuba mencari info penyusuan, memang tiada disebut bahawa, it took about 3-4 days juga untuk susu keluar pertama kali. Tu pun bukan susu macam susu lembu segar tu, yang pertama kali keluar ialah kolustrum, iaitu susu pekat yang sangat tinggi khasiat sesuai untuk bayi yang baru lahir yang perutnya masih kecil seakan biji kacang hijau.
Jadi untuk semua FTM (first time mom) jangan lah risau kalau susu tak banyak for the first few days. Teruskan menyusu anak dan nasihat mek, JANGAN SEKALI KALI PAM SUSU ANDA. Bila terlalu awal pam, susu tak banyak yang keluar tapi puting boleh melecet dan sakit atau what comes worst, kalenjar susu pecah dsb.
Bila anak berjauhan dari ibu, lama kelamaan anak jadi kekeliruan puting (nipple confuse). Terutama bila dah ajar susukan menggunakan botol susu. Jadi anak pertama mek memang tak menyusu direct. Mek akan pam dan masukkan susu ke dalam botol untuk anak. Jadi sejak dari itu mek bergelar EPMOM iaitu exclusive pumping mom. Masa tu pun agak sukar bagi mek sebab rasa umpama ibu yang gagal. Bermacam cara dan tips online yang mek cari supaya anak dapat menyusu dengan baik. Yang paling sedih, rasa macam anak menolak ibunya. Yelah bila dia nangis, kita suakan breast, lagi kuat dia nangis. Apa? Umi ni monster ke? Kalau dulu memang laa nangis beria, tapi sekarang bila dah belajar ilmu penyusuan, barulah faham ada sebabnya. Umi je yang tak pandai nak uruskan.
Anak pertama menyusu dengan botol.
Anak kedua mixed feeding. Boleh je dengan kedua dua botol susu dan dada.
Anak ketiga, reject botol susu.
Kan dah cakap?Tiga pengalaman berbeza. Jadi ibu ibu, sekiranya ada masalah, jangan segan jangan risau. Bagitau mek. Mek memang sedia membantu. Kita ada support circle. Jom kita usahakan biar anak dapat menyusu dengan baik ya. Mek bukan anti susu formula. Tapi tahu tak? Susu ibu tu lah pilihan susu terbaik untuk anak. Why resolve to formula? Ada masalah? Benda boleh ejah katanya.
Panjang lagi kalau nak bercerita tentang pengalaman menyusu ni. Cuma mek just nak highlight ada satu produk yang sangat membantu mek dalam journey menyusu ni iaitu NINGXIA RED.
Korang pernah dengar tak apa itu? Bunyi dah macam cina cina sikit kan?
Ningxia Red ni ialah satu jus pati buah buahan yang tinggi vitamin dan mineral. Bahan utama jus ni ialah pati wolfberry (atau biasa dikenali sebagai goji berry) Dan apa yang membuatkan jus ni berbeza dari jus lain di pasaran, ia memang tiada gula tambahan, tiada gula putih malah yang istimewanya jus ni ialah ia dirumuskan sekali bersama essential oil (minyak pati seperti lemon, grapefruit, tangerine etc) Menarik kan? The one and only infused drink with essential oils. Premium sangat.
Disebabkan khasiat bahan yang ada dalam Ningxia (NXR) tadi, ia merupakan salah satu milkbooster yang paling berkesan bagi mek. Dan yang paling best lagi, selain membanyakkan susu ibu, Ningxia ni juga boleh menambahkan tenaga ibu ibu. Rasailah perbezaan bila minum NXR ni. Memang tubuh rasa segar bertenaga dan mood pun gembira saja. Tentang NXR nanti mek akan bercerita lebih lanjut ya kebaikkannya.
Till next post.
Love,
Mek